Click Me Ok..!!

Friday, September 9, 2011

6 %..????? Oh myyy

As Salam peeps..!!

KUALA LUMPUR – Pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 Sept.

Pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan ITU, demikian menurut industri syarikat telekomunikasi Malaysia dalam kenyataan bersama di sini hari ini.

Para pelanggan juga boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan sekiranya mereka mempunyai pertanyaan lanjut.

Syarikat telekomunikasi itu berkata cukai perkhidmatan merupakan cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana yang disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan.

Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.

Ini sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.

Cukai perkhidmatan terhadap prabayar bukan baru kerana syarikat telekomunikasi telah menyerapnya bagi perkhidmatan prabayar mudah alih sejak pengenalan pada 1998.

Langkah yang diambil adalah bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berbanding pasca bayar, memandangkan kadar prabayar tinggi bagi panggilan dan SMS pada permulaan.

Dengan kadar prabayar berkurangan sejak bertahun, ia kini ditawarkan pada kadar yang amat kompetitif.

“Dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, dengan
60 sen sebagai cukai perkhidmatan,” kata kenyataan itu. — BERNAMA



Petang tadi aku dah dapat mesej pasal tax 6% tue..

Betol2 rupanya..
Ingatkan khabar angin ja..huhu

Bengong betol la..
6% tue..
Bukannya cikit..
Kalau aku topup RM10 xpasal2 ja kena bayar RM10.60..
0.60...banyak tue..
Macam2 boley buat..

Kenapa semuanya dikenakan cukai..??
Tanah bercukai,pintu bercukai,jalan bercukai,shopping bercukai, astro bercukai and 
even makan pon bercukai
Lepas ney cukai apa plak la yang kerajaan nak perkenalkan..
haishhh..tension betol

Nak merajuk r cmnie..
Pasni aku rasa baik pakai public phone ja..
Senang...
huhu



Adious amigos..



No comments:

Post a Comment